Friday, February 3, 2012

MUHAMMAD PENGHULU KITA


asalamualaikum

Pada tangggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah  lahirrya seorang bayi yang bakal .membawa perubahan kepada tamadun manusia.. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.  Bayi tersebut diberi nama Muhammad.
Ketika baginda berusia 4 tahun ibu baginda Aminah telahpun wafat. Kemudian baginda tinggal bersama datuk baginda.Selepas kewafatan datuk baginda., Abu Talib bapa saudaranaya mengambil alih tugas bapanya    untuk menjaga anak saudaranya .Muhammad.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia  tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang melihat tanda-tanda kenabian kepada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam  kerana  orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikuti  nasihat rahib tersebut .
Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid,adalah  seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu baginda  menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu pertama di gua hiraq. Dan telah diangkat oleh ALLAH bagi menjadi penghulu tamadun manusia.

 +

No comments:

Post a Comment